Friday, December 31, 2010

HARI-HARI TERAKHIR

Salam dan Hai untuk pembaca blog sekalian. Sudah lama kita tidak ketemu. Emm busy kah aku ? Ahh tak lah ! Internet Problem der ! Kabel telefon kat rumah aku kena curi. Dari 21hb sampai la skarang belum dibaikpulihkan lagi. Dengan wujudnya masalah tersebut, habis musnah ! Habiss !! Musnah apa ? Hari-hari aku laa. Terutamanya GAME aku !! Urghh tapi, nasib baik la ada pengganti. Tapi skarang dah kena main sendiri dah. Kabel telefon kat rumah dia pun kena curi jugak ! Kihkihkih. Jahat betul manusia zaman skarang kan ? Apa nak jadi laa. So skarang aku kembali berberokbeng ! Huhu. Sungguh tidak memuaskan hati.

Kita berbalik kepada tajuk asal post ni ye. Sedar tak sedar tahun 2010 dah sampai ke penghujungya. Maknanya, ni la last post untuk tahun 2010. Bila tahun baru dah nak tiba, masing-masing sibok dengan azam baru. Padahal azam tahun ni tak tercapai pun lagi. Hampehh. Aku pulak sibok menghabiskan masa bersama dia. Cuti sem kan dah nak habis. So, dah tiba masanya untuk aku ditinggalkan kembali. Uwaaa ! Agak sedih laa. Sbenarnya, sejak akhir-akhir ni hati dan perasaan aku sensitif amat ! Banyak benda buruk yang dah berlaku terhadap diri ini. Sehinggakan ramai yang tidak berpuas hati dengan perangai aku yang agak melampau teruknya ! Baru tahu ke aku teruk ? Aku rasa dah lama dah perangai aku teruk macam ni. Aku slalu mengaku yang aku ni jahat. Tapi kau tak percaya. Haa nasib kau laa. Hihi. Aku harap, aku dapat ubah perangai buruk aku tu dengan jayanya di tahun hadapan. Biarpun hati ini amat terluka dan terhiris bak sembilu bisa dengan segelintir sikap manusia-manusia di luar sana. Ceeewah ! Buat tak tahu sudahhh ! Sambutlah kedatangan tahun 2011 dengan jiwa yang tenang dan hati yang riang ! Yeahh ! ;)

Untuk penutup tahun 2010, iaitu hari ni, berwaktukan petang tadi, aku sempat menghabiskan masa bersama dia & the geng ! Sila-sila tengok gambar kami. Hee. ;p


 Aku yang bermuka ketat dan kaki agak mengangkang tak tahu knapa serta dia yang posing ala-ala nyanyi lagu negaraku bak kata ain. Hihi.


Wow ! Kami makan piza bersalut air laut di tepi pantai. Bestt ! Rasa agak masin ? Hee.


Inilah the kalot geng ! Yang kat tengah tu leader nye. Hihi. 

4 comments:

B A Z L I said...

yg sblh kiri ny pon kalot jgk tuw
hahahahhakss

A N i S said...

kiri je, not kanan.
pheww slamat ~

B A Z L I said...

hahaha
ngokngep!!

A N i S said...

gokgek !