Friday, December 31, 2010

HARI-HARI TERAKHIR

Salam dan Hai untuk pembaca blog sekalian. Sudah lama kita tidak ketemu. Emm busy kah aku ? Ahh tak lah ! Internet Problem der ! Kabel telefon kat rumah aku kena curi. Dari 21hb sampai la skarang belum dibaikpulihkan lagi. Dengan wujudnya masalah tersebut, habis musnah ! Habiss !! Musnah apa ? Hari-hari aku laa. Terutamanya GAME aku !! Urghh tapi, nasib baik la ada pengganti. Tapi skarang dah kena main sendiri dah. Kabel telefon kat rumah dia pun kena curi jugak ! Kihkihkih. Jahat betul manusia zaman skarang kan ? Apa nak jadi laa. So skarang aku kembali berberokbeng ! Huhu. Sungguh tidak memuaskan hati.

Kita berbalik kepada tajuk asal post ni ye. Sedar tak sedar tahun 2010 dah sampai ke penghujungya. Maknanya, ni la last post untuk tahun 2010. Bila tahun baru dah nak tiba, masing-masing sibok dengan azam baru. Padahal azam tahun ni tak tercapai pun lagi. Hampehh. Aku pulak sibok menghabiskan masa bersama dia. Cuti sem kan dah nak habis. So, dah tiba masanya untuk aku ditinggalkan kembali. Uwaaa ! Agak sedih laa. Sbenarnya, sejak akhir-akhir ni hati dan perasaan aku sensitif amat ! Banyak benda buruk yang dah berlaku terhadap diri ini. Sehinggakan ramai yang tidak berpuas hati dengan perangai aku yang agak melampau teruknya ! Baru tahu ke aku teruk ? Aku rasa dah lama dah perangai aku teruk macam ni. Aku slalu mengaku yang aku ni jahat. Tapi kau tak percaya. Haa nasib kau laa. Hihi. Aku harap, aku dapat ubah perangai buruk aku tu dengan jayanya di tahun hadapan. Biarpun hati ini amat terluka dan terhiris bak sembilu bisa dengan segelintir sikap manusia-manusia di luar sana. Ceeewah ! Buat tak tahu sudahhh ! Sambutlah kedatangan tahun 2011 dengan jiwa yang tenang dan hati yang riang ! Yeahh ! ;)

Untuk penutup tahun 2010, iaitu hari ni, berwaktukan petang tadi, aku sempat menghabiskan masa bersama dia & the geng ! Sila-sila tengok gambar kami. Hee. ;p


 Aku yang bermuka ketat dan kaki agak mengangkang tak tahu knapa serta dia yang posing ala-ala nyanyi lagu negaraku bak kata ain. Hihi.


Wow ! Kami makan piza bersalut air laut di tepi pantai. Bestt ! Rasa agak masin ? Hee.


Inilah the kalot geng ! Yang kat tengah tu leader nye. Hihi. 

Sunday, December 19, 2010

BUKAN KU PINTA

Sbenarnya aku dah tak tau nak cakap apa lagi. Bukan aku mintak nak jadi macam ni. Bukan aku tak pernah try untuk melelapkan mata pada awal malam, aku dah puas try sehinggakan aku buat perkara yang tidak-tidak tau ! Aku fikir, efeknya tak kuat. Malangnya, seharian aku terpaksa menanggung derita tersebut. Tak ada siapa yang dapat rasa melainkan aku sorang je. Aku pun tak tau knapa jadi macam ni. Jadi, knapa nak sindir-sindir aku ? Sebab aku slalu mengadu kat kau ke ? Sebab aku buat kau bosan ? Kalau macam tu, aku mintak maaf banyak-banyak. Slalu jugak la aku mengadu kat kau pasal ni, sampai mengganggu tidur kau. Benda ni tak berlaku kat kau, boleh la kau cakap dan fikir bukan-bukan pasal aku. Cuba kena kat batang hidung sendiri, baru kau tahu ! Aku tak marah, cuma aku sedih. Aku fikir kau boleh faham aku. Tapi tak. Sangkaan aku meleset. Aku sedih sangat-sangat ! Aku SEDIH !! 


Wednesday, December 15, 2010

MINYAK YU YEE CAP LIMAU

Tepat jam 0615 pagi tadi, aku terbangun dari lenaku untuk mengerjakan solat subuh. Tiba-tiba.......adehh, sakit nya perot ! Perot aku masuk angin daa. Sejak kebelakangan ni perot slalu masuk angin. Apo kono ey jang ?? Den pun tak tau knapo ey. Hihi. :p

Bila slesai solat, aku sapu minyak yu yee cap limau tu kat perot. Ahh nyaman skali ~ Eh eh, bau ni macam bau seseorang laa. Opss bau Abiha !! Tiba-tiba lagi aku teringat kat dia. Abiha tu anak sdara aku yang sulung. Comel, macam mak cik dia taim kecik ! Haha. Prasan je lebih ! (entah apa gelaran dia kat aku nanti, mak cik cik ke ? Mak ngah sebab anak tengah ke? Ahh blur !).  Tapi budak ni nakal & manja, suka merengek dan tido je. Biasa la, dah nama pun 'baby' kan ? 

Skarang dia dah tinggal kat kL nun jauh di sana. Knapa ?? Dah rumah dia kat sana, mesti la dia balik sana. Takkan nak tinggal kat kampung je. Biol betul. Haha. Papa & Mama slalu rindu dia. Aku pun apa kurangnya. Taim dia ada, sebok buat keje lain. Taim dia tak ada, ohhhhh rindu nya !! Rindu nak cium-cium je pipi budak tu ! Tembam gila ! Tapi skarang pipi dia dah makin mengeras, tak lembut macam sebelum ni. Tak best. Agaknya kena 'gomol' kat mak cik-mak cik dia kat sana kot, sebab tu jadi macam tu. Haha. Gurau je. Tapi koleksi gambar-gambar dia sepanjang tinggal kat rumah kami, ada dengan aku tau ! Soft copy je la, hard copy tak ada pun. Macam-macam posing ada, pehh fotogenik betul. Lagi macam mak cik dia taim kecik. Haha. Jangan jeles ! Gambar-gambar tu la pengubat rindu aku kat dia. Bosan-bosan, dieditnya gambar-gambar tu sampai lebam. Dah tak ada keje, apa nak buat ? Emm bila la agaknya aku dapat jumpa dia lagi. Tunggu bila aku pergi interview or keje kat sana pulak la kot ?? Haha. Dah tu kalo suka-suka nak pergi sana, harammm ! Tak dak duit beb ! Lagi mau buat apa ? Berpeleseran saja ? Haha.  Sabar je la, tunggu raya tahun depan je. Lama lagi kan ? Iskk. :(

Kat sini aku nak paparkan antara gambar-gambar Abiha yang menarik perhatianku. Enjoy ye smua ! 


Cuba teka, macam siapa gerangannya budak ini ?? ShinChan right ?? HAHAHA !! Dengan mulutnya terlopong macam tu, kening pulak tebal smacam je. (aku lukis dengan celak sbenarnya) :D

Ololo comel nya ~ Abiha dah pandai senyum ye ? Gambar ni disnap kat rumah dia, kat kL. Taim ni kitorang datang sebab aku ada temuduga keje kat Bangi.

Opss mau jugak interfrem ! Mesti laa, aku punya blog. Haha. Abiha tak bersluar, kaki dah panjang wey ! Tapi malang, dia bad mood kot, posing macam hampeh je. Hihi.

Sekian saja, daa ~ 

Tuesday, December 14, 2010

GAME oh GAME ~

Ohh tidakkkkk ! Skali lagi aku terjerumus ke alam game. Kalo taim blajar dulu memang tak heran dah hari-hari ngadap laptop disebabkan game. Orang lain sibok buat assignment or study, aku pulak lain cerita nya. Huhu. Bila dah habis blajar, hobi main game aku dah pudar kejap. Sibok nak enjoy la konon-konon. Keluar pergi sana, pergi sini, menghabiskan duit mak bapak ! Haha. 

BLA BLA BLA ~
(nak dipendekkan cerita)



Disaat ini, minit ini, jam ini, waktu ini, hari ini, minggu ini, bulan ini, tahun ini, aku slalu je main game. (game dalam fesbuk je pon, tak ada la sampai ternganga mulutnya macam gambar di atas ni, hihi). Kalo dulu aku memang tak minat main game dalam benda alah tu, ramai jugak kawan-kawan invite main game, aku ignore je. Tapi skarang, apa dah jadi ?? Ni smua gara-gara kawan aku yang sorang tu invite main game. Agak kiut kelihatan game tersebut. (tak perlu la bagi tajuk game tu ye, malu pulak, haha). Lalu, aku pun accept. Yang aku accept tu knapa ? Kata tak suka ? Dah tak ada keje, cuba try test la tengok game apa yang diinvitekan tu. Hihi. (agak mengada). Main punya main, wahh best jugak ye ! Agak mencabar even kanak-kanak pun boleh main. That's why bila orang tanya, 'main game apa ?.' Aku jawab, 'main game bodoh-bodoh je.' Hakhakhak. Sedang best aku main, tiba-tiba, game tu bagitau yang aku perlukan jiran untuk mintak bantuan dan tambah pendapatan. Dengan tangkas dan cepatnya aku invite penggila game dalam friend list aku kat fesbuk tu. Spupu aku pun turut menjadi mangsa kegameman aku. Haha. Skarang dia pun dah ketagih, asyek main game tu je. Tak ape la, lagipun skarang kan cuti skolah ? Hihi. Baru la best main, ada saingan. :p

Emm bila sebut pasal game ni, aku tringat pulak lagu yang berkisahkan tentang 'game' yang aku slalu layankan taim skolah dulu-dulu. Memang dah cair kat mulut dah liriknya. Best gila wey ! So, kat sini aku mau share sama korang, pembaca blog aku. Harap korang enjoy lah ye !  Yeah ! :D


Friday, December 10, 2010

RASA BERSALAH MENGHANTUI DIRI


Emm malam ni mood aku agak hambar. Aku rasa macam aku la penyebab sgala benda yang terjadi terhadap dia. Walau dia menyangkal apa yang aku rasa skarang ni, aku tetap rasa bersalah ! Aku tau dia mesti bersedih. SMS ku tidak berbalas. Bz kah dia ? Atau tiada kredit ? Atau juga marah terhadap diriku ? Urghh ! Atau mungkin dia sedang menenangkan diri ? Hurmm..kalau la masa boleh berundur, akan ku putarkan semula waktu itu. Tapi malangnya masa tidak boleh diundurkan kembali. Huhu. 

Tidak mengapalah, benda dah berlaku biarkan berlalu. Bak kata orang puteh, Let Bygone Be Bygone. Ececeh sempat lagi nak berbijak. Hihi. So, pandai-pandai la dia ambik iktibar dari apa yang dah berlaku tu. Aku pun slalu doakan kejayaan dan kebahagiaan dia. Bukan untuk sape-sape pun, untuk diri dia, keluarga dan aku jugak ! Opss ! Terprasan la pulak ! Hehe. ;p

Ok la, sampai di sini saje coretan aku kali ni. Aku harap dia tidak bersedih seperti apa yang aku fikirkan. Cuba lagi sem depan ye syg ! Aku slalu menyokongmu dari blakang. Dari blakang je la yang mampu, kitorang kan berjauhan. Dan aku juga tau kau boleh ! Yeahh ! Steady, Ready & Go ! Hihi. :)




p/s : 'dia' di sini ialah pemilik empayar | ku. ;)

Thursday, December 9, 2010

MENGIDAM ~

Apo kono ey jang ?? Aku pun tak taw apo kono. Sekarang ni asyek mengidam nak makan burger double je. Tak mau burger yang mahal-mahal macam kat KFC or MCD, cuma nak burger yang kat tepi jalan sudahh ~ 

Walau smalam dah baham 2 bijik, sampai pening-pening dibuatnya, hari ni still jugak rasa nak makan benda yang sama. 
Kenapa ye ? Tolong tolongg aku woi ! Huhu.


Haa ni la burger double yang aku slalu idamkan. Lazat betol ! Yummy ! :)

Wednesday, December 8, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Opss terlewat sudah. Sebenarnya blog ni baru dicreate sempena tahun baru. Akibat tak berapa pandai dan malas mencuba, Si Dia jugak yang jadi mangsa. Sorry syg ! Hehe.


Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH / AWAL MUHARAM kepada semua umat Islam di atas dunia yang fana ini walaupun dah terlewat 1 hari. 


Agaknya, apa azam tahun baru korang ya ? 
Emm azam aku pun belum difikir-fikirkan lagi, sebok nak tau korang punye azam. Haha. 


Semoga azam tahun baru korang lebih elok dari tahun lepas punye ok ! Hehe. ;)