Monday, May 14, 2012

RINDU


Rasa rindu itu memang hadir tanpa dipinta.
Kadang kala, tertanya kenapa rasa itu hadir pada jiwa yang kecil ini.
Tidak dapat disentuh.
Hanya dapat dirasai.

Namun itulah rindu.

Anugerah dari Allah Ta'ala.
Dan benar rindu itu datang dari Dia, tapi harus dikawal rindu itu dituju pada siapa ~


Thursday, May 10, 2012

NEW 'D'

Yaa ampunnnn ~
Di saat aku tidak kuat dan terdaya sepertinya ada jua yg membahagiakan diri ini walau sekecil zarah sekalipun. 
Hari ini, Khamis 10/05/2012, Nikon D3100 sudah menjadi milik aku sepenuhnya.
Syukur alhamdulillah impian aku sudah tercapai walaupun mengambil masa yg agak lama utk memilikinya. Hihi... 
Kau ada ? :P

Dan sekarang aku haruslah berjimat-cermat sebab bajet sudah lari woooooooo !
Hampeh betul.
Inilah aku, boros punya orang.
Memang malang kot sape yg jadi husband aku nanti.
Kahkah ! 

Lagi 1 sekarang ni musim demam selesema ke ek ?
Habis terseksa zahir batin aku, virus ni punya pukulan.
Tiada lg tempat mengadu, tidak seperti dulu.
Cehh jiwang, puii !

Sekian :)

Tuesday, May 8, 2012

SEBULAN BERLALU

Sedar tak sedar dah sebulan aku kerja kat kampung. Macam ni la hidup aku selalu bertukar kerja. Tapi kali ni ada sebabnya tersendiri. Niatku hanya untuk lari dari mereka yg banyak berkorban untuk aku. Tapi Allah S.W.T Maha Kaya, diberi Nya rezeki untuk aku mengerahkan tulang empat kerat ini bagi mengecapi nikmat yang ada di atas dunia yang sementara ini. Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah :)

Seminggu dua berada di kampung memang tersangat la terasa keperitannya. Meninggalkan rakan-rakan sekerja di sana. Walaupun baru setahun bekerja tapi aku sudah merasa keakraban yg kami jalinkan bersama. Baik atau buruk itu lah manusia. Tidak lepas dari melakukan segala salah & silap. Tua atau muda itulah ragam manusia & itulah juga rakan.

Bila sudah sampai minggu ketiga & empat rasa perit itu perlahan-lahan hilang dengan sendirinya dan kini aku telah banyak belajar erti kehidupan dengan sabarnya. Memang susah untuk jaga hati manusia lain bila diri ini dah jadi manusia yg agak 'bernilai'. Tapi kalau nak difikirkan soal manusia lain memang tak kemana lah aku. Lebih baik menyerah dari terus dibuai angan-angan yg tidak tahu di mana penghujungnya ~


JATUH LAGI



Aku percaya sedikit waktu
Kan terbuka hati yang kau bawa
Sambut tangan ku biarku bawa
Kau ke tempat yang tiada orang tahu


Ku kan menunggu bayangmu
Berikan jawapanmu


Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatanku kepadamu



Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku akan jatuh

Dunia hitam keliling malam
Kesejukan menunggu panggilan
Ku kan menunggu bayangmu
Berikan jawapan mu


Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatanku kepadamu


Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir aku jatuh


Selagi kau berdaya
Jangan kau lupa
Segala yang telah kita lalu bersama


Jeritan ke angkasa
Selamatkan dia
Selamatkan kita semua


Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatanku kepadamu


Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku telah jatuh


p/s : lagu ni best sgt bg aku, ada maksud tersirat utk dia yg dh 'jauh' dr aku. layan beb ~