Monday, February 7, 2011

MANUSIA

Manusia, memang banyak perangai dan ragam. Mereka semua ingin difahami bukan memahami. Bagi segolongan manusia tu, walau baik macam mana pun kita melayan mereka, kita tetap akan dapat nasib yang sama. Tapi aku tak pernah serik. Aku tak kenal apa itu 'serik'. Mereka pula menganggap aku seperti orang yang bodoh. Ya, memang aku bodoh. Aku akui. Dan bila mereka tahu aku bodoh, mereka lagi suka untuk memperbodohkan aku sepenuh hati mereka. Ya Allah, apa salah aku ? Aku buat baik pun salah, buat jahat lagi la salah. Aku terkilan. Manusia memang  tak pernah hargai apa yang aku buat. Mereka hanya nampak keburukan aku sahaja. Kebaikan aku mana mereka campak ? Dengan mudah mereka menutup mata. Oh manusia, kenapa begitu kejam terhadap diriku. Kenapa ? Kenapa ? Aku sudah penat dengan mereka ini. Tapi aku tak pernah serik walau sebesar zarah sekalipun. Aku pun tak tahu apa nak jadi selepas ni. Emm aku hanya mampu redha jer la kot ? :'(

No comments: