Thursday, February 10, 2011

HILANG INGATAN

Hari ni hari Khamis kan ? Kain-kain dah berlambak ni, balik dari KL hari tu, belum basuh lagi. Ok, basuh kain dulu. Dah setel semua, terfikir pasal diri sendiri pulak. 

Hari ni hari Khamis kan ? Sunat potong kuku dan buat apa yang patut. Ok, aku potong dan buat yang lain-lain dah. *Tak perlu nyatakan kat sini, censored! Hehe. :p

Hari ni hari Khamis kan ? Opss kena pos resume untuk apply kerja ni ! Kang terlewat pulak. Esok dah Jumaat. Posmen tak kerja. Ok, aku sibokkan diri setel segala kerja ni. Pergi snap gambar pasport, beli dakwat printer, edit resume kasi cun, print dan masukkan ke dalam sampul surat. Pfft cuaca agak panas, tunggu petang la sikit pergi pos benda ni. 

Hari ni hari Khamis kan ? Dah pukul 5.30 petang ni, kenapa mama belum sampai rumah lagi ? Hari Khamis kan balik pukul 4.30 ? Emm mama sibok kot ? Ok, aku pergi pos resume kejap. 

Hari ni hari Khamis kan ? (pukul 10 malam)
Aku : Adam (abang aku), Abid (adik aku) tak balik ke ? *Selalu hari Khamis dia balik rumah. Dia kan sewa rumah kat politeknik sana.  
Adam : Hari ni hari apa ? Hari Rabu kan, buat apa dia nak balik ?
Aku : Eh, bukan hari ni hari Khamis ke ? Hari ni hari Khamis la ! 
Adam : *Membelek-belek kalendar di handphone. Hari ni hari Rabu la weyy, tengok ni !
Aku : Aik ?? *Aku terkaku seketika. Lalu menuju ke bilik serta mendapatkan handphone dan tengok kalendar. Eh, ye laa. Hari ni hari Rabu. Aiseyman ~ Kenapa bengong sangat diri aku ni ? Sampai hari pun dah lupa ? HAHAHA ! *Ketawa kat diri sendiri. Gila !

Dah hampir 1 hari aku fikir hari ni hari Khamis ! Adoiiiiii malu bertanya sesat jalan ! HAHAHA ! Macam siot je rasa ! :D


p/s : Peristiwa ni berlaku semalam. Tak apa la, janji dah setel segala kerja. Ada jugak hikmah nya yer ! HAHAHA ! ;p


4 comments: